Memilih Nama untuk Anak

"Di hari Kiamat anda akan dipanggil menurut nama anda dan bapa anda, maka pakailah nama yang elok."( Hadis Riwayat Abu Daud ).

Rasulullah saw juga pernah bersabda: " Pakailah nama nabi-nabi."

Semasa hidup baginda Rasulullah saw, ada sebuah kejadian yang melibatkan nama. Pada suatu hari datang pemuda-pemuda untuk memerah susu unta. Seorang bernama Murrah ( pahit ) dan serang lagi bernama Yaaesy ( panjang umur ). Lantas baginda meminta Yaaesy untuk memerah susu unta.

Rasulullah saw juga pernah menukar nama yang didapati tidak elok. Abdullah bin Omar r.a mengatakan saudara perempuannya yang bernama Aasiyah ( tidak taat ) telah ditukarkan namanya kepada Jamilah ( cantik ). 

Zainab r.a pernah berkata bahawa nama lain yang diberikan kepadanya adalah Mirrah ( warak ). Namun Rasulullah saw bersabda: "Tuhan sahaja yang mengetahui siapa yang warak. Pakailah nama Zainab."

Rasulullah saw juga pernah menggesa seorang pemuda yang bernama Hazan ( sedih ) untuk menukar namanya kepada Sahal ( puas hati ).

Nama boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Maka dari itu, jauhkan lah dari nama-nama yang berbau syirik dan yang mencerminkan sifar bongkak dan angkuh.



SUMBER : 
KHAZANAH NAMA-NAMA ISLAM ( JABBAR IBRAHIM )

0 komentar:

Posting Komentar